Saturday, March 16, 2013

VITAMIN B-COMPLEX

Vitamin B-Complex


Tahukah anda vitamin B-Complex shaklee ada mengandungi Asid Folik 200 mcg folate (asid folik) sekali. Asid Folik Penting untuk wanita hamil. Malah wanita yang ingin membuat persediaan untuk hamil pun sangat-sangat digalakkan untuk mengambil asid folik. 

KENAPA pentingnya ASID FOLIK?

Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 


Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 



Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda.

APAKAH SUMBER MAKANAN YANG TERBAIK?

Makanan yang kaya folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan kaya folat: 


Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 kubis brussels;
  • kacang black-eyed beans, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. 


VITAMIN B-COMPLEX ADALAH UNTUK SEMUA..

B-complex bukan untuk wanita hamil sahaja, tetapi penting kepada seorang perokok, pesakit Alzheimer,  ibu yang breastfeed, mereka yang selalu menghadapi stress, dan wanita yang inginkan kulit yang cantik

Jika anda seorang perokok, adalah PERLU untuk melindungi badan anda sebanyak mungkin daripada kesan-kesan negative akibat merokok. Vitamin-vitamin penting seperti vitamin B, vitamin C, D dan E akan ’hilang’ dengan merokok. Salah satu vitamin yang diperlukan ialah vitamin B. Kenapa ia penting? Ini kerana perokok mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat kanser paru-paru dan pankreas berbanding dengan bukan perokok, namun risiko ini boleh dikurangkan dengan mendapat vitamin B yang mencukupi. Rachael Stolzenberg-Solomon, Ph.D., di Institut Kanser Kebangsaan di BethesdaMaryland, mendapati bahawa tahap vitamin B folat adalah lebih rendah pada pesakit yang menghidap barah pankreas. Asid folik, amat penting untuk paru-paru, juga boleh membantu mengurangkan simptom bronkitis pada perokok. 

Anda selalu stress??? anda stress di tempat kerja, melayam kerenah anak-anak?? Ini la vitamin yang sesuai untuk anda. Jom kita tengok bagaimana vitamin B membantu anda.


  • Vitamin B1 (Thiamine) penting untuk memastikan sistem saraf dan mental yang sihat. B1 membantu memastikan kestabilan mood.
  • Vitamin B3 (Niacin) menyokong sistem saraf. kekurangan B3 boleh menyebabkan 'depression', stress dan gangguan emosi
  • Vitamin B6 (Pyridoxine) membantu pembinaan 'neurotransmitter', iaitu serotonin yang membantu untuk menghadapi 'depression' stress, dan gangguan emosi.
  • Vitamin B9 (Folic Acid) yang diperlukan untuk penghasilan tenaga. Kekurangan B9 boleh menyebab penghasilan tenaga berkurang yang menyebabkan keletihan dan membawa kepada stress yang tinggi.
  • Vitamin B12 (Cyanocobalamin) dipanggil 'memory vitamin' yang penting untuk ingatan. Otak adalah organ yang banyak bergantung kepadanya. Kekurangan B12 akan menyebabkan kekeliruan otak dan 'neurological changes' yang menyebabkan kesukaran untuk menghadapi stress. Vitamin ini juga significant dalam penghasilan 'sleep hormone' (hormon tidur) melatonin dan 'mood hormone' serotonin.
     

B Complex sifatnya larut air dan mudah hilang daripada badan antaranya akibat stress dan juga pencemaran. Jadi jika anda selalu stress dan mahukan hidup yang lebih ceria, jom dapatkan suplimen B Complex. 

Bagi ibu yang breastfeed, tidak perlu risau jika anda kuat makan kerana ibu menyusu memang mudah lapar ditambah badan si ibu perlu bekerja untuk menghasilkan susuibu untuk si manja. Demi memastikan badan anda tidak terlalu membesar, cuba amalkan banyak minum air masak. Air masak membantu kita dalam penyahtoksin dari badan, membantu mengelakkan badan menjadi gempal dan air kosong membantu peredaran darah berjalan dengan lebih baik.

Hakikatnya, B complex sangat penting dalam keperluan tubuh badan kita berfungsi dengan lebih baik. Mereka yang amalkan B complex akan mendapati diri mereka lebih ceria, bertenaga, kulit berseri dan cantik serta tidak pucat.

Mereka yang ada masalah kuat berpeluh, tangan mudah basah sebab peluh, mudah berdebar, mudah marah, mudah melenting, sensitif, kuat merajuk, muka kusam ....maka anda kurang B complex.



B complex Shaklee terdiri dari 8 kumpulan B dan ia lengkap diperlukan oleh tubuh badan. Lebih bagus kerana vitamin Shaklee tiada silika gel.



Jika anda menyusu anak dengan susu ibu,   Selain itu, warna kekuningan EBM ialah disebabkan oleh B-Complex, same goes to our urine. So, bila dah minum banyak air lepas consume B-Comp, notice tak urine akan kembali normal? So, samalah dgn warna EBM.

JANGAN PANIK KALAU AIR URINE ANDA BERTUKAR WARNA.


Sebenarnya adalah sangat normal apabila mengambil supplement yang mengandungi vitamin B, warna urin akan berubah menjadi kuning cerah. (Urin biasa berwarna kuning pucat). Ini adalah kerana vitamin B merupakan vitamin larut air, dan Riboflavin yang tidak diserap, disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada urin.
Namun, adalah bagus untuk mengenal warna kencing dan simptom yang datang bersamanya:
KUNING PUCAT - warna urin normal
KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex
KUNING GELAP – dehidrasi atau akiibat pengambilan vitamin B complex
KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati
OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax
KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)
KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan
KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome
Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih banyak air.
Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut.
Namun sekiranya warna tersebut bertukar menjadi pelik (rujuk di atas), sila lah berjumpa doktor dengan kadar segera.
Nak mencuba vitamin Shaklee pada harga istimewa? SMS 014-2311244 atau Facebook http://www.facebook.com/KimRozes